Shah Indrawan Ismail Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.
Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.
atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala
Tomok dianggap tunggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana ahli kumpulan New Boyz yang sering bersilih ganti. Hanya Tomok yang masih kekal dari awal kemunculan kumpulan itu sehingga kini.
Tomok bersama New Boyz telah melahirkan enam buah album penuh dan satu album The Best Of New Boyz. Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai pernyanyi , permuzik mahupuN percipta lagu..Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album New Boyz yang ke-6 (Semula Padaku) dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta.Antara album yang dihasilkann Tomok bersama New Boyz sepanjang karier beliau setakat ini ialah ialah New Boyz(1999),Akur(2000),Wirama(2001),Inspirasi(2003),Bermulanya Satu Evolusi(2005) dan Semula Padaku(2007).
Selepas melahirkan album yang ke-6 tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama syarikat rakaman SRC. Selepas pengunduran itu, Tomok mahupun New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai satu program realiti TV iaitu One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.
Kini Tomok selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz.
Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee.
Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As''Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.
Selain bergelar sebagai penyanyi, Tomok juga sudah bergelar pelakon apabila dia telah diberi kepercayaan untuk malakonkan watak hero bagi filem MANTERA yang dijangkakan akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2010 - awal tahun 2011. Filem ini mendapat usaha sama produksi Malaysia dan Rusia. Berkat usaha yang gigih dengan sedikit pengalaman dalam berlakon ketika bersama kumpulan Newboyz dimana mereka telah berlakon untuk telemovie Pulau Inspirasi dan Meraung dan pernah berlakon untuk beberapa buah drama sebagai penampilan istimewa, ia sedikit sebanyak dapat membantu Tomok menempuhi detik-detik dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon.




No comments:
Post a Comment